Monday, March 1, 2010

SEJARAH SEKOLAH

Ditubuhkan pada 01 Disember 1991 dengan Kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Kelantan. Mulai pada tarikh itu SK Othman Talib dipecahkan menjadi SK Othman Talib (1) dan SK Othman Talib (2) .

Pada peringkat permulaan ia dijalankan pada sesi petang dan menumpang di SK Othman Talib 1 sehingga Disember 1993. Mulai 1 Disember 1993 perlaksanaan dijalankan bagi sesi pagi dan petang yang mana murid Tahun 1, 4,5 dan 6 sesi pagi manakala Tahun 2 dan 3 sesi petang. Pembelajaran terpaksa dijalankan dua sesi kerana kekurangan bilik darjah. Segala kemudahan asas dikongsi bersama dengan SK Othman Talib (1).

Peringkat awal penubuhan SK Othamn Talib (2) di ketua oleh En Yusof b Abu Bakar selaku PK1 merangkap pemangku Guru Besar, Tn Hj Muhammad b Musa sekalu PK HEM dan En Wan Hasan b Wan Seman selaku PK KO dan Tn. Hj Muhammad b Daud selaku Penyelia Petang.

Guru Besar pertama SK Othman Talib (2) ialah En Ab Rahman b Yusof yang bertugas mulai 1 Ogos 1992 hingga 30 September 1993. Mulai 20 Disember 1994 Jawatan Guru Besar di pangku oleh Allahyarham Tn Hj Alias b Mahmud. 

Bermula 20 Disember 1994. Jawatan Guru Besar di sandang oleh Tn Hj Ab Rahman b Abdullah sehingga sekarang manakala jawatan Penolong-penolong Kanan sering kali bertukar tangan. Mulai pada 28 Disember 1993 SK Othman Talib (2) dinaiktaraf daripada Greb B kepada Gred A.

Keramaian murid pada peringkat permulaan ialah seramai 503 orang dengan 13 bilik darjah dibantu oleh 21 orang tenaga pengajar dan 4 orang kakitangan sokongan. Keramaian murid semakin bertambah dari tahun ke setahun sehinggalah SK Othman Talib (2) menetap di bangunan sendiri mulai 20 Oktober 2002 yang terletak berhampiran dengan Quartes Kesihatan Tendong di atas tapak seluar 5.5 ekar sehingga sekarang. 

Terdapat 3 blok 2 tingkat yang dipenuhi dengan pelbagai kemudahan. Keramaian murid melebihi 720 orang dengan tenaga pengajar melebihi 35 orang dengan dibantu oleh 4 orang kakitangan sokongan 6 orang pekerja swasta termasuk jaga.

No comments:

Post a Comment