Monday, March 1, 2010

VISI, MISI DAN OBJEKTIF PUSAT SUMBER

OBJEKTIF PSS

1.Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai taraf akademik yang cemerlang.
2.Menggalakkan penggunaan pelbagai jenis media pengajaran dan pembelajaran.
3.Menggalakkan tabiat membaca dan belajar sendiri agar mereka dapat berdikari,matang dan berdisiplin.
4.Melatih murid membuat rujukan daripada pelbagai sumber.

VISI PSS

Menjadikan PSS sebagai sebuah gedung ilmu yang lengkap dengan segala maklumat terkini ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

MISI PSS

i.Menggalakkan penggunaan PSS oleh warga sekolah ke arah meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta memperkembangkan potensi individu dan sahsiah.

ii.Memupuk tabiat belajar kendiri,membaca dan menyelidik melalui inkuiri penemuan serta penggunaan pelbagai maklumat secara sistematik.

iii.Membantu murid-murid dan guru-guru menghasilkan,menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran ke arah potensi dan minat murid.

No comments:

Post a Comment