Friday, March 26, 2010

SELAMAT DATANG YBrs. PUAN ROSNAH BT WAN IBRAHIM, PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PASIR MAS KE PSS SKOT2.

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 18 SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB 2.

Pada : 27 Mac 2010
  Jam   : 8.30 Pagi.

Tuesday, March 2, 2010

SELAMAT DATANG KEPADA ROMBONGAN PEMANTAUAN PSS


PERATURAN PUSAT SUMBER

Peraturan Am
1.   Borang permohonan Kad Pintar boleh didapatkan dengan bayaran RM 0.20.

2.   Kad Pintar yang siap dikenakan bayaran RM 2.00. Kad Pintar digunakan untuk meminjam buku Bahagian Am dan Bahagian Rujukan.

3.   Tempoh pinjaman adalah seperti berikut:-
      i)  Bahagian Am - Tempoh pinjaman 2 minggu
          Denda lewat ialah RM 0.20 sehari (termasuk cuti)
     ii)  Bahagian Rujukan - Tempoh pinjaman ialah 3 hari
          Denda lewat ialah RM 0.30 sehari (termasuk cuti)

4.   Pelajar boleh meminjam 2 buah buku Bahagian Am dan sebuah buku Bahagian Rujukan.

5.   Guru, Pengawas Pusat Sumber dan kakitangan sekolah (kerani, penolong makmal) boleh meminjam 3 buah buku Bahagian Am dan 2 buah buku Bahagian Rujukan.

6.   Sekiranya peminjam menghilangkan buku, penggantian semula diwajibkan sama ada berbentuk buku yang sama atau pembayaran dua kali ganda nilai buku tersebut.

7.   Kad pintar tidak boleh dipindah milik.

8.  Buku Bahagian Bertanda Merah hanya untuk rujukan di dalam Pusat Sumber.

9.   Pengguna-pengguna Pusat Sumber tidak dibenarkan makan, minum dan membuat bising di dalam Pusat Sumber.

Peraturan Pelajar
1.   Pelajar-pelajar haruslah memakai pakaian sekolah yang kemas dan lengkap semasa berada di dalam Pusat Sumber.

2.   Pelajar hendaklah meletakkan beg dan buku di rak almari yang terletak di luar Pusat Sumber.

Peraturan Guru
1.   Guru yang ingin menggunakan Pusat Sumber boleh membuah tempahan di Buku Tempahan Pusat Sumber.

2.   Guru yang membawa masuk kelas hendaklah menjaga disiplin pelajar.

3.   Guru yang menggunakan Pusat Sumber hendaklah mengisikan Rekod Penggunaan Pusat Sumber.

Peraturan Bilik APD
1.   Guru matapelajaran hendaklah sentiasa berada bersama-sama dengan pelajar di dalam bilik APD.

2.   BBM atau buku di alam bilik APD hanya boleh dipinjam oleh guru.

3.   Guru yang menggunakan bilik APD hendaklah mengisikan butir-butir ke dalam buku Rekod Penggunaaan Bilik APD yang telah disediakan.

4.   Sekiranya alatan elektronik digunakan, suis alatan mestilah dipadamkan sebelum meninggalkan bilik APD.

5.   BBM yang dipinjamkan hendaklah direkod dahulu di dalam buku Rekod Pinjaman BBM sebelum dibawa keluar dan direkod semula apabila dipulangkan.

6.   Pelajar dilarang sama sekali untuk mengendalikan peralatan-peralatan di bilik APD tanpa kebenaran daripda guru mereka.

7.   Pastikan bilik APD sentiasa berada didalam keadaan yang bersih dan kemas.

FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah (PSS) ialah sebuah pusat yang dilengkapi dengan bahan cetak, peralatan dan kemudahan sebagai bantuan atau sokongan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan kurikulum sekolah bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaranyang berkesan untuk individu dan kumpulan.


PSS merupakan satu gedung ilmu pengetahuan di mana individu atau kumpulan dapat mencari, memperkaya dan mempertinggi pengalaman dan pengajian. PSS juga merupakan agen perubahan dalam sesebuahsekolah ke arah perkembangan potensi dan minat individu serta kerjasama kumpulan.


PSS juga merupakan satu sistem yang dinamis dan praktikal dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kerana PSS memberikan peluang dalam perkhidmatan yang mencapai aktiviti-aktiviti seperti membaca, menyebut, menulis, menyelidik, berbengkel, mengulangkaji serta membuat rujukan secara terpimpin atau bersendirian.


PSS yang berkesan dilengkapkan dengan koleksi bahan-bahan buku dan bukan buku. PSS juga menyediakan bahan-bahan kemudahan untuk kegiatan rekreasi seperti buku-buku fiksyen, majalah-majalah, suratkhabar dan permainan-permainan.

PIAGAM PELANGGAN PUSAT SUMBER

Kami berjanji dengan penuh iltizam akan berganding bahu mempertingkatkan prestasi kurikulum sekolah dengan:

  • Memberi perkhidmatan Pusat Sumber yang berkualiti, tepat dan mudah.
  • Menyediakan laporan maklumbalas yang tepat, terkini dan sahih.
  • Memberikan khidmat nasihat kepada para pengguna supaya keperluan pengguna dipenuhi dengan berkesan.
  • Memberikan perkhidmatan yang menepati masa dan mesra dengan maklumat yang tepat dan sahih.
  • Menyediakan bahan-bahan yang bermaklumat terkini, bermutu, mudah difahami dan senang diperolehi.
  • Memberikan khidmat kepakaran grafik dan audio-visual untuk meningkatkan mutu dan lebih daya tarikan.
  • Memberikan khidmat sokongan yang berkualiti kepada setiap aktiviti-aktiviti panitia.

SENARAI TUGAS JK PUSAT SUMBER

1. Penyelaras Pusat Sumber
Menyelaras semua program yang dirancang.
Membentuk Lembaga Pusat Sumber Sekolah dan mengadakan mesyuarat.
Menyediakan jadual Kerja bagi pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Menyediakan undang-undang dan peraturan Pusat Sumber Sekolah.
Menceriakan Pusat Sumber
Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
Menguruskan pembelian bahan.
Memberi khidmat Nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
Membantu melaksanakan program perkembangan Staf.
Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan dan swasta dalam.

2. Unit Perpustakaan
Melatih Pengawas Pusat Sumber.
Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan.
Merekodkan buku perolehan dalam buku stok.
Mengelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah.
Merawat buku.
Menguruskan hapus kira buku.
Membuat laporan tahunan untuk rekod.

3. Unit Alat Pandang Dengar
Memastikan alat-alat APD yang berkuasa elektrik sentiasa dalam keadaan baik.
Melaporkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.
Memastikan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
Mengadakan peraturan dan cara-cara pengunaan APD.
Mengurus pengunaan APD.

4. Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi
Memastikan alat-alat ICT termasuk perisian sentiasa dalam keadaan baik.
Melaporkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.
Memastikan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
Mengadakan peraturan dan cara-cara pengunaan peralatan ICT.
Mengurus pengunaan peralatan ICT.


5. Unit Bahan Bantu Mengajar
Memastikan alat-alat BBM dan bahan software sentiasa dalam keadaan baik.
Melaporkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.
Memastikan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
Menyediakan senarai Bahan Bantu Mengajar untuk dibeli mengikut keutamaan.
Mengadakan peraturan dan cara-cara pengunaan bahan.
Mengurus pengunaan BBM.

6. Unit Program Khas
Merancang dan mencadangan program-program khas untuk dilaksanakan.
Memantau dan menyediakan laporan perlaksanaan semua program khas.
Menyimpan dan melaporkan perkembangan perlaksanaan program
Mengadakan peraturan dan cara-cara pengunaan bahan
Mengurus pengunaan BBM.

7. Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Merancang dan mencadangkan program-program khas untuk dilaksanakan.
Memantau dan menyediakan laporan perlaksanaan semua program khas.
Menyimpan dan melaporkan perkembangan perlaksanaan program
Mengadakan peraturan dan cara-cara pengunaan bahan
Mengurus pengunaan BBM.

Monday, March 1, 2010

SEJARAH SEKOLAH

Ditubuhkan pada 01 Disember 1991 dengan Kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Kelantan. Mulai pada tarikh itu SK Othman Talib dipecahkan menjadi SK Othman Talib (1) dan SK Othman Talib (2) .

Pada peringkat permulaan ia dijalankan pada sesi petang dan menumpang di SK Othman Talib 1 sehingga Disember 1993. Mulai 1 Disember 1993 perlaksanaan dijalankan bagi sesi pagi dan petang yang mana murid Tahun 1, 4,5 dan 6 sesi pagi manakala Tahun 2 dan 3 sesi petang. Pembelajaran terpaksa dijalankan dua sesi kerana kekurangan bilik darjah. Segala kemudahan asas dikongsi bersama dengan SK Othman Talib (1).

Peringkat awal penubuhan SK Othamn Talib (2) di ketua oleh En Yusof b Abu Bakar selaku PK1 merangkap pemangku Guru Besar, Tn Hj Muhammad b Musa sekalu PK HEM dan En Wan Hasan b Wan Seman selaku PK KO dan Tn. Hj Muhammad b Daud selaku Penyelia Petang.

Guru Besar pertama SK Othman Talib (2) ialah En Ab Rahman b Yusof yang bertugas mulai 1 Ogos 1992 hingga 30 September 1993. Mulai 20 Disember 1994 Jawatan Guru Besar di pangku oleh Allahyarham Tn Hj Alias b Mahmud. 

Bermula 20 Disember 1994. Jawatan Guru Besar di sandang oleh Tn Hj Ab Rahman b Abdullah sehingga sekarang manakala jawatan Penolong-penolong Kanan sering kali bertukar tangan. Mulai pada 28 Disember 1993 SK Othman Talib (2) dinaiktaraf daripada Greb B kepada Gred A.

Keramaian murid pada peringkat permulaan ialah seramai 503 orang dengan 13 bilik darjah dibantu oleh 21 orang tenaga pengajar dan 4 orang kakitangan sokongan. Keramaian murid semakin bertambah dari tahun ke setahun sehinggalah SK Othman Talib (2) menetap di bangunan sendiri mulai 20 Oktober 2002 yang terletak berhampiran dengan Quartes Kesihatan Tendong di atas tapak seluar 5.5 ekar sehingga sekarang. 

Terdapat 3 blok 2 tingkat yang dipenuhi dengan pelbagai kemudahan. Keramaian murid melebihi 720 orang dengan tenaga pengajar melebihi 35 orang dengan dibantu oleh 4 orang kakitangan sokongan 6 orang pekerja swasta termasuk jaga.

PERIHAL PUSAT SUMBER

FUNGSI JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
  • Merancang dan melaksanakan program peningkatan akademik.
  • Mengelas, Mengkatalog dan mengurus bahan bantu mengajar.
  • Menyedia bahan dan sumber pendidikan.
  • Menjalankan aktiviti Kemajuan Staf berkaitan Pusat Sumber Sekolah.
  • Menilai keberkesanan Pusat Sumber Sekolah.
  • Menyediakan perancangan jangka panjang dan pendek.
  • Memperbanyakan koleksi Pusat Sumber Sekolah.
  • Mempertingkat Penggunaan Pusat Sumber Sekolah.
  • Memastikan Kelengkapan Pusat Sumber Sekolah.
  • Memastikan Keselesaan Pusat Sumber Sekolah.
  • Memastikan pengurusan Pusat Sumber Sekolah berjalan lancar.
  • Mengagihkan tugas.
  • Merancang Kursus San Bengkel dalam dan luar untuk guru dan murid.
  • Penyebaran maklumat.
  • Mengemaskini buku stok.
  • Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
  • Memastikan peraturan Pusat Sumber Sekolah dipatuhi.
  • Merancanga aktiviti dan melaksanakannya.
  • Menilai perjalanan Pusat Sumber Sekolah dan membuat tindakan susulan. 

ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN PUSAT SUMBER

ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT PPD 2005

ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT PPD 2006

ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT PPD 2007

ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT NEGERI 2007

PANORAMA PUSAT SUMBER

PENGAWAS PUSAT SUMBER

SUASANA SEMASA PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PSS

PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER

Pinjaman/Pulangan Buku
Ruang bacaan akhbar dan majalah
Pinjaman Berkelompok (Bulk Loan)
Ruangan Bacaan yang selesa
Pinjaman /Pulangan CD/CDR
Pinjaman/Pulangan BBB
Ruang Pameran
Ruangan bacaan santai

    VISI, MISI DAN OBJEKTIF PUSAT SUMBER

    OBJEKTIF PSS

    1.Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai taraf akademik yang cemerlang.
    2.Menggalakkan penggunaan pelbagai jenis media pengajaran dan pembelajaran.
    3.Menggalakkan tabiat membaca dan belajar sendiri agar mereka dapat berdikari,matang dan berdisiplin.
    4.Melatih murid membuat rujukan daripada pelbagai sumber.

    VISI PSS

    Menjadikan PSS sebagai sebuah gedung ilmu yang lengkap dengan segala maklumat terkini ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

    MISI PSS

    i.Menggalakkan penggunaan PSS oleh warga sekolah ke arah meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta memperkembangkan potensi individu dan sahsiah.

    ii.Memupuk tabiat belajar kendiri,membaca dan menyelidik melalui inkuiri penemuan serta penggunaan pelbagai maklumat secara sistematik.

    iii.Membantu murid-murid dan guru-guru menghasilkan,menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran ke arah potensi dan minat murid.